Wednesday, 28 September 2016

Bab 10 ( Slideshare )

Bab 10 ( Isu-isu Perkongsian Maklumat & Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik )

Isu-isu perkongsian maklumat

Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.



Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik.2.Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.4.Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasanberbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yangrealistik dan praktikal.5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan

BAB 10: PENYESUAIAN SOSIAL

Penyesuaian Sosial


  • Penyesuaian ialah proses adaptasi.
  • Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
  • Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
  • Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
10.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL

  • Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
  • Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.
  • Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
  • Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.
10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
  • Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
Kepentingan Meningkatkan Kemahiran Intrapersonal:
  • meningkatkan keyakinan diri
  • mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
  • meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi 
  • mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
  • meningkatkan pencapaian akademik
  • meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.
10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
  • Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
  • Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.

Bab 9 ( Slideshare )

Bab 9 ( Persediaan untuk Pentaksiran )

Persediaan untuk Pentaksiran

Peperiksaan- akhir setiap semester
Tugasan Kerja kursus dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
Pratikum
Bina Insan Guru
Aktiviti Kokurikulum
Intership


Tugasan individu dan berkumpulan

> dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek. Penilaian dilakukan dalam 3 aspek 
Penulisan esei
persembahan 
penulisan refleksi.

BAB 9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Sikap Terhadap Pentaksiran


  • Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
  • Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai.
  • Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
  • 2 jenis penilaian iaitu: penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian Formatif

  • Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Penilaian Sumatif

  • Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
Pengujian

  • Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970). 
Pengukuran

  • Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pentaksiran 
  • Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
  • Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar.
  • Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
  • Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
9.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
  • peperiksaan
  • kerja kursus - projek, ujian amali, penilaian praktikum
  • penilaian praktikum
  • penilaian bina insan guru (BIG)
  • penilaian gerak kerja kokurikulum

Bab 8 ( Slideshare )