Konsep Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.
Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan menekankan bagaimana seseorang itu belajar.
Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut. Seseorang murid A yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah menggunakan gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan murid B yang tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari jenis gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya.
Gaya pembelajaran harus diberikan perhatian kepada murid-murid yang merupakan individu yang berbeza oleh seorang pendidik supaya murid dapat belajar dengan lebih berkesan.
Jenis-jenis Gaya Pembelajaran
Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah sama. Mengikut Dictionary of Psychology (1973) dalam Santhi Suppiah (2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam suatu kumpulan.
Peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran. Terdapat tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Murid-murid yang memiliki gaya pembelajaran visual adalah orang yang jenis gemar belajar dengan huruf, gambar atau gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan sebagainya. Selain itu, murid-murid lebih cenderung membelajari Sesutu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini memerlukan tulis nota apabila mengingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan.Sebagai contohnya, semasa dalam kelas, Ali menyalinkan semua nota yang dibagi oleh guru dan cuba membuat rujukan yang berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.
Gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Selain itu,murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar murid –murid lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya, Muthu tidak menyalin nota semasa guru memberi penerangan tantang konsep fotosintesis. Tetapi dia hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan sahaja. Selepas itu, guru memberikan latihan kepada mereka. Muthu dapat menjawab dengan baik dengan menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, Muthu menggunakan gaya pembelajaran auditori.
Gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. Sebagai contohnya, semasa waktu Sains & Teknologi, guru membawa murid-murid keluar dari kelas dan pergi ke taman bunga. Murid-murid diberi peluang menyentuh dan merasai bentuk-bentuk bunga. Selepas itu, terdapat beberapa orang murid dapat melukis bentuk bunga yang disentuh tadi, maka murid-murid tersebut merupakan jenis pembelajaran kinestetik.
Di samping itu, gaya pembelajaran yang lain adalah gaya pembelajaran global yang sentiasa berinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara. Murid ini akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang berlainan. Sebagai contohnya, Meng Choo sentiasa melayari internet, mencari maklumat di pusat sumber, menanya pandangan orang lain apabila membelajari sesuatu topik yang baru baginya. Gaya pembelajaran global ini membolehkan murid-murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan daripada pembelajaran.
Gaya pembelajaran pemerhatian reflektif adalah jenis pembelajaran yang menggunakan pengalaman melalui membuat refleksi. Setiap pembelajaran yang dilakukan akan diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya. Murid yang berjenis ini juga akan memikir secara mendalam dan penelitian yang teliti sebelum membuat sebarang keputusan yang muktamad. Sebagai contohnya, murid B sering menanya soalan pada dirinya dan memikirkan sebab dan akibat jikalau sesuatu keputusan telah diambil. Selepas keputusan diambil, murid ini akan membuat refleksi terhadap keputusan tadi.
Gaya pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian reflektif atau pengkajian aktif. Murid yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik. Biasanya murid lebih kepada pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula tertentu. Sebagai contohnya, Mira suka menganalisis situasi dengan secara abstrak serta membuat pemerhatian dan berfikir akan kesimpulannya.
Murid yang berjenis gaya pembelajaran aktif akan menggunakan pengalaman lepas dan menggabungkannya dengan maklumat-maklumat baru dalam proses penyelesaian masalah. Selain itu, murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini adalah sangat aktif dalam kuriukulum dan sukakan ujikaji yang baru baginya. Sebagai contohnya, Meena menjalankan eksperimen terhadap makanan binatang ternakan. Meena telah mempunyai pengalaman dalam membela kucing di rumahnya, oleh itu, dia telah mengabungkan konsep makanan kucingnya dengan konsep yang baru yang telah disarankan oleh guru darjahnya. Dengan ini, Meena lebih cenderung untuk mengaplikasikan konsep baru dan lama secara praktikal sehingga berjaya.
Gaya pembelajaran jenis konkrit adalah gaya yang memerlukan pengalaman atau bahan yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.Murid berjenis ini juga akan menyerap segala maklumat melalui pengalaman lasngsung dengan membuat pemerhatian dan pemikiran terhadap suatu perkara. Selain itu, murid jenis ini gemarkan contoh yang spesifik baginya serta setiap masalah hendaklah menjadikannya sebagai perkara yang terasing. Sebagai contohnya, apabila guru menceritakan kisah harimau kepada murid-murid. Abu tidak mendapat cerita yang disampaikan oleh guru, akan tetapi, apabila guru menunjukkan gambar dan video harimau, Abu terus faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Contoh yang lain adalah, Abu tidak dapat membelajari 2 perkara dalam suatu masa, seperti binatang harimau dan kucing. Dia hendak memahami binatang harimau dahulu sebelum memahami binatang kucing. Contoh-contoh yang spesifik juga diberi seperti harimau badan besar dan kucing badan kecil.
Seterusnya adalah gaya pembelajaran divergen.Murid yang mempunyai gaya pembelajaran divergen berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu. Murid ini akan menjanakan seberapa banyak idea yang banyak mengenai satu topik dalam masa yang ditetapkan. Idea-idea akan dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun mengikut turutan. Selain itu, murid jenis ini akan berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu topik. Sebagai contohnya,guru telah menanya soalan yang dapat membantu murid mencetus idea-idea yang bernas seperti , “ Apa yang memberi tekanan kepada anda?”, “ Apakah yang penting bagi kamu?” dan sebagainya.
Gaya pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Murid jenis ini lebih fokus dan cekap membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah mencari jalan penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan masalah tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai sumber.
No comments:
Post a Comment