a) Kaedah Pembelajaran KOLB
Kaedah Teori Pembelajaran kitaran KOLB menyarankan bahawa refleksi membolehkan guru atau pelajar menegetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam prose pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan refleksi membolehkan guru atau pelajar untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generaisasi .
Malah KOLB menyatakan:
“Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan digunakan untuk mengubahsuai tingkahlaku dalam menghadapi satu situsi pengalaman yang baru”
(Kolb, dalam Sadler-Smith, 1997)
Kolb (1984) menyatakan bahawa dalam proses pembelajaran, sesorang individu akan melalui empat peringkat kitaran pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain dan saling bantu membantu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kitaran pembelajaran menurut teori Kolb ini bermula daripada peringkat Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE) àPemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO) à Pengkonsepsian Abstrak (KA) /Abstarct Conceptualize (AC) à Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE).
Rajah 9.2 menggambarkan secara ringkas Model Teori Pembelajaran Refleksi. Model ini boleh diperincikan seperti berikut:
Rajah 9.2: Model dan Kitaran Teori Pembelajaran Refleksi
LANGKAH PEMBELAJARAN KOLB
KEBOLEHAN
|
AKTIVITI
|
PENGLIBATAN
| ||
Concrete Experience
(CE)
|
Libatkan diri dengan pengalaman baru
|
Feeling
| ||
Reflection Observation
(RO)
|
Fikir dan perhatikan pengalaman dari semua sudut
|
Watching
| ||
Abstract Conceptualize(AC)
|
Cipta konsep-konsep yang diintegrasikan dari pengalaman pengamatan teori
|
Training
| ||
Active Experience(AE)
|
Gunakan teori bagi memecahkan masalah serta membuat keputusan
|
Doing
|
Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE)
Dalam pengalaman konkrit, pelajar terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi ,intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)
Pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. Ia juga menerangkan sikap pelajar reflektif menyatakan bahawa sesetengah orang gemar bersikap ‘tunggu dan lihat, memerhati dan mendengar perbincangan orang lain terlebih dahulu dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan apabila soalan diajukan, mereka mengambil masa untuk berfikir, teragak-agak dan kurang berkeyakinan.
Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct Conceptualize (AC)
Pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi.
Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE)
Pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Startegi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.
Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai diverger, asimilator, konverger dan akomodator berdasarkan empat gaya pembelajaran yang tersebut.
1. Diverger
Ciri-ciri diverger ialah mempunyai kebolehan dalam menjana idea, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, jelas serta nyata dan memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea yang baru tanpa sebarang praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.
2. Asimilator
Asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan memahami konsep yang abstrak, yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi memproses maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif, gemar menyatukan pemerhatian dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam menyelesaikan masalah.
3. Konverger
Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis, menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense), memprosesnya dengan cara membuat percubaan dan latihanyang aktif serta mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses pembelajaran.
4. Akomodator
Akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam melakukan sesuatu, membuat persepsi terhadap maklumat yang konkrit sahaja dan memprosesya dengan cara membuat percubaan dan latihan yang aktif. Mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan semulajadi sebagai ketua.
Aplikasi pembelajaran Kolb dalam bilik darjah boleh dilakukan melalui memberi sesuatu tugasan atau projek mengikut keupayaan dan pengalamn pelajar. Setiap tugasan dan projek perlu dirancang agar matlamat pembelajaran dan pendekatan teori pembelajaran Kolb tercapai. Berikut contoh yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment