Monday, 26 September 2016

BAB 2 ( PENGURUSAN MASA: TIME MANAGEMENT )

Pengurusan Masa ( Time Management )

KEMAHIRAN MENGURUS MASA
 
Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain. Kegagalan mengurus masa dengan berkesan menjadi salah satu faktor kegagalan seseorang. Kejayaan yang telah dicapai oleh nama-nama terbilang di malaysia di dalam peperiksaan yang lalu mengakui bahawa pengurusan masa amat penting di dalam mereka memburu kejayaan.

Pastikan waktu mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Jangan salah faham. Bukan belajar selama 3 jam secara berterusan. 1 jam pada waktu pagi. 1 jam pada waktu petang dan 1 am pada waktu malam.

Kebisaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji pelajaran. Jangan paksa keadaan ini. Rehatlah sebentar dengan cara menarik nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air kosong (suam) untuk mengembalikan kesegaran.

Untuk mengelakkan kejemuan. Pelbagaikan aktiviti semasa belajar. Membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan semula apa yang dibaca, menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda boleh dipraktikkan bagi tujuan itu. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan. 


Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai kita meletakkan matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan peruntukakan masa. Dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan yang sepenuhnya. Oleh yang demikian matlamat untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat. Kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Kita juga tidak juga boleh hanya menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama 1 jam. Keadaan ini akan mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan matlamat yang ingin dicapai.

Begitu juga ketika kita membuat soalan latihan atau menjawab contoh-contoh soalan lalu. Tetapkan dahulu jumlah set soalan yang ingin dijawab dan sesuaikan masa yang akan digunakan. Latihan penulisan yang biasanya amat membosankan oleh segelintir pelajar perlu dirancang dengan baik. Menulis selain amat memenatkan dari segi fizikal ia juga memenatkan minda kita. Namun perlu diingat hampir 80 peratus soalan di dalam peperiksaan perlu dijawab dengan cara menulis.


Sediakan senarai aktiviti belajar seharian ( list to do ). Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Semak semula sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan pada masa akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan secara semerta agar kelemahan itu tidak terbawa-bawa dan menjadi satu kebiasaan di masa depan. Sediakan senarai to do list untuk hari berikutnya. Agar apabila kita memulakan hari baru perjalanan pembelajaran dan aktiviti yang akan di lalui esok hari akan teratur. Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran hampir sama, namun mungkin berbeza dari tugasan yang kita perlu buat dan selesaikan. Ada tugasan yang diberi oleh guru telah sampai masanya untuk dihantar. ada tugasan berbentuk individu dan mungkin juga ada tugasan yang melibatkan kumpulan. Jangan jadikan diri kita menjadi sebab tugasan kumpulan tidak dapat disempurnakan.


Sistem pengurusan masa yang lebih baik untuk keperluan anda akan membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Tidak kira samaada keutamaan anda ialah masa yang lebih daripada yang anda ada sekarang atau gred yang lebih baik, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai objektif anda kerana :
  1. Membantu anda membuat sesuatu ikut keutamaan.
  2. Membantu anda menghindar perangkap masa
  3. Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
  4. Memberi anda kebebasan dan kawalan
  5. membantu anda menghindar daripada konflik masa
  6. Membantu anda menghindar rasa bersalah
  7. membantu anda menilai kemajuan anda
  8. Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak                                                 
Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul sekarang dan mencapai matlamat pembelajaran yang terdekat, pengurusan masa berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pernakah anda duduk di dalam kelas dan berfikir, " Saya tidak akan menggunakan bahan-bahan ini setelah tamat sekolah?"
  1. Belajar pengurusan masa sekarang akan membantu anda bersedia untuk masa hadapan ?
  2. Belajar bagaimana mengurus masa anda sekarang akan membentuk tabiat dan kemahiran yang anda boleh gunakan di luar daripada sekolah. 

No comments:

Post a Comment