Sikap Terhadap Pentaksiran
- Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
- Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai.
- Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
- 2 jenis penilaian iaitu: penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian Formatif
- Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
- Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Penilaian Sumatif
- Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
Pengujian
- Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970).
Pengukuran
- Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pentaksiran
- Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
- Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar.
- Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
- Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
9.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
- peperiksaan
- kerja kursus - projek, ujian amali, penilaian praktikum
- penilaian praktikum
- penilaian bina insan guru (BIG)
- penilaian gerak kerja kokurikulum
No comments:
Post a Comment