Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000), ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Menurut Dunn & Dunn lagi, adalah penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku individu tetapi juga untuk mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap pembelajaran. ( Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2001).
Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
a) Persekitaran
b) Emosi
c) Sosiologi
d) Fizikal
e) Psikologi
Faktor persekitaran langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa pembelajaran amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah murid lebih suka belajar di tempat yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi ada murid yang suka memasang radio sementara mereka membaca buku. Contoh yang lain seperti, ada murid yang suka tempat yang cerah dan suhu yang tinggi untuk pembelajaran yang berkesan pada mereka, namun ada murid yang tidak suka tempat cerah, tetapi mereka inginkan tempat yang gelap dan sejuk untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Reka bentuk seseorang individu juga amat berpengaruh gaya pembelajaran individu itu sendiri. Sebagai contohnya, murid yang mempunyai personaliti introvert adalah berbeza dengan murid yang extrovert. Murid yang mempunyai cirri introvert lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih formal dan memerlukan satu tempat khas yang ada meja dan kerusi untuk mereka. Manakala murid yang extrovert lebih suka belajar di tempat yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga dan sebagainya.
Dengan ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, setiap individu mempunyai rutin pembelajaran yang berbeza. Sebagai seorang pendidik, tidak boleh memaksa murid-murid menerima cara pembelajaran yang tertentu sahaja.
Faktor yang kedua adalah emosi sendiri murid tersebut. Sebagai contohnya,motivasi, usaha, tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan fleksibiliti. Motivasi seseorang yang merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang dipaksa atau didesak untuk mendapatkan ganjaran atau markah yang tinggi manakala motivasi instinsik adalah motivasi yang lebih kepada dorongan dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang semula jadi yang menyebabkan mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Di samping itu, struktur adalah suatu peraturan yang spesifik yang digunakan untuk melaksanakan tugasan atau kerja. Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran tetapi ada murid yang suka gaya pembelajaran yang bebas. Oleh itu, sebagai seorang guru harus memberi perhatian kepada murid yang mempunyai pelbagai jenis struktur pembelajaran. Sementara itu, ada murid yang berasa dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembelajaran maka murid tersebut akan berusaha dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik. Tetapi ada sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka bukan di pembelajaran, maka mereka akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.
Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri,pasangan, rakan sebaya, pasukan dan lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa bergaul dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa gangguan orang lain. Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan berpasangan. Hal ini kerana mereka rasa lebih suka belajar dengan kehadiran kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua hala. Sementara itu, belajar dalam kumpulan juga merupakan gaya pembelajaran yang amat popular dan digalakkan kerana murid-murid akan lebih bermanfaat dalam memberi idea. Bagi faktor orang dewasa pula, banyak dipraktik di sekolah atau di rumah. Murid-murid lebih cenderung menanya soalan yang mereka tidak faham kepada orang dewasa. Oleh itu, gaya pembelajaran ini juga amat berkesan bagi murid-murid dalam proses pembelajaran.
Faktor fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau tempoh belajar dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera dalam proses mengingati maklumat. Sebagai contohnya, melalui auditif, dapat membantu murid mengeluarkan bunyi untuk mendengar dan mengingati semasa proses pembelajaran. Visual pula membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual adalah melalui sentuhan semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid akan mudah mengingati apa yang dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar melalui hasil kerja dan pengerakan. Selain itu, terdapat murid yang makan dan minum sementara mereka belajar atau membuat kerja. Ini dapar mengurangkan tekanan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang seterusnya adalah tempoh belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya dapat belajar dan memberi fokus pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian pada waktu perdananya sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza bagi setiap murid. Ada murid yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk belajar. Oleh itu, waktu rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan melakukan pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.
Faktor yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan impulsif , global dan analitikal. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran impulsif suka belajar dengan cepar dan tidak suka membuat sebarangan persediaan awal manakala murid yang bersifat reflektif adalah lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu dan akan memikir dengan lebih mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Di samping itu, murid jenis analitikal suka belajar dalam persekitaran yang cerah dan lebih formal manakala murid jenis global lebih suka belajar dalam persekitaran yang suram dan duduk secara tidak formal seperti di atas sofa dan lantai.
No comments:
Post a Comment